KEJOHANAN BOLING TENPIN


Tarikh Kemaskini : 31 Julai 2019

Tempat            : Aspiration Centre, Sunshine Square, Bayan Baru, Pulau Pinang

Tarikh             : 16 Ogos 2019 (Jumaat)

Masa               : 8.00 mlm – 11.30 malam

Kategori          : Terbuka (Berpasukan) dan Ketua Kontinjen (Berpasukan)

SYARAT PENYERTAAN


KATEGORI TERBUKA (BERPASUKAN)

  1. Setiap Kontinjen perlu mendaftarkan dua (2) pasukan (4 pemain sepasukan) dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang telah disediakan oleh pihak Urusetia.
  2. Terbuka hanya untuk staf, pelajar, alumni (berkhidmat diluar USM) dan pesara USM sahaja.
  3. Setiap kontinjen wajib diwakili oleh 8 orang pemain, sekurang-kurangnya seorang (1) pemain terdiri daripada:
    • kumpulan gred perkhidmatan 41 ke atas
    • staf wanita
    • pelajar/alumi/pesara
  4. Semua pasukan yang telah mendaftar perlu mengesahkan penyertaan di meja urusetia semasa hari pertandingan.
YURAN PERTANDINGAN
  • Yuran penyertaan ditanggung oleh Urusetia

KATEGORI KETUA KONTINJEN (BERPASUKAN)

  1. Setiap Kontinjen perlu mendaftarkan pasukan dalam Borang Pendaftaran Pasukan yang telah disediakan oleh pihak Urusetia.
  2. Hanya satu (1) pasukan daripada setiap Kontinjen.
  3. Semua pasukan yang telah mendaftar perlu mengesahkan penyertaan di meja urusetia semasa hari pertandingan.
  4. Setiap pasukan diwakili oleh empat (4) orang pemain yang terdiri daripada:
    • Ketua Kontinjen/Timbalan Ketua Kontinjen
    • staf gred jawatan 51 dan ke atas
  5. Pemain mestilah daripada Kontinjen yang sama
CARA PERTANDINGAN
  1. Kejohanan ini akan dijalankan secara: Berpasukan
  2. Kategori Terbuka akan bermain sebanyak empat (4) permainan. Manakala pasukan kategori Ketua Kontinjen akan bermain sebanyak tiga (3) permainan.
  3. Kedudukan lane semua pasukan akan ditentukan secara undi sewaktu taklimat bersama Ketua Pasukan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
  1. Pemain perlu memakai kasut boling bersama sarung kaki semasa bermain yang boleh disewa / dibeli di kaunter pusat boling. Pihak urusetia tidak menyediakan kemudahan kasut boling.
  2. Pertandingan ini dijalankan berdasarkan syarat-syarat yang digunapakai dalam Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  1. Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pertandingan sebelum atau pada 1 Ogos 2019 (Khamis)
  2. Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding dan segala keputusan oleh pihak penganjur adalah MUKTAMAD.
Muat Turun Borang
PENENTUAN MARKAH KEMENANGAN
  1. Kontinjen pemenang ditentukan melalui campuran keseluruhan jatuhan pin bagi kedua-dua kategori. Kontinjen yang memungut campuran jumlah tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang keseluruhan.
  2. Sekiranya setelah semua perlawanan selesai dan dua pasukan atau lebih didapati memperolehi jumlah markah yang sama maka kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang
    • Jumlah jatuhan pin tertinggi keseluruhan permainan untuk Kategori Terbuka dan Kategori Ketua Kontinjen.
    • Jika masih sama, permainan terakhir (game keempat untuk Kategori Terbuka dan game ketiga untuk Kategori Ketua Kontinjen) dianggap sebagai pemenang.
    • Jika masih juga sama, jumlah terbanyak jatuhan pin permainan ketiga (kategori terbuka) dan game kedua (kategori Ketua Kontinjen) dianggap sebagai pemenang.
    • Jika masih juga sama, jumlah terbanyak jatuhan pin permainan kedua (Kategori Terbuka) dan game pertama (Kategori Ketua Kontinjen) dianggap sebagai pemenang.
  3. Pemain yang mendapat jatuhan pin tertinggi individu (L/P) ditentukan dengan jumlah jatuhan pin tertinggi.
Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

  1. Mohd Noor Fakarruddin Abdullah (emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., ext: 5333)
    Pusat Pengajian Sains Fizik
  2. Arief Ramadhan Juswa (emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., ext: 3484)
    Pusat Pengajian Sains Komputer
  3. Mohd Syafiq Mohd Sukari (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., ext: 3593)
    Pusat Pengajian Sains Kimia
  4. Afnan Munir Abdul Manan (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., ext: 6454)
    Pusat Transformasi Insan

 

sila hantar borang permohonan kepada :

Dr Normaliza Abdul Manaf
Pegawai Sains 
Pusat Kajian Kelestarian Global


No Tel : 04-653 5428
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Siti Hajar Mohd Sani
Pegawai Tadbir
Jabatan Pendaftar


No Tel : 04-653 6105
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekreteriat Hari Warga USM 2019

Jabatan Pendaftar,
Aras 5, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,Pulau Pinang

  free web page hit counter

 

 

Social

Hubungi Urusetia

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.