Persembahan Boria Kreatif


Tarikh Kemaskini : 5 Ogos 2019

TARIKH : 17 OGOS 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN TUANKU SYED PUTRA
MASA : 8.30 MALAM HINGGA 11.30 MALAM
TEMA : "USM 50 TAHUN BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warga USM iaitu staf, pelajar, alumni dan pesara.
  2. Diwajibkan kepada setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang staf daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional 41 ke atas.
  3. Jumlah minima peserta bagi setiap kumpulan adalah 20 orang dan maksima 30 orang.
  4. Setiap kumpulan boleh diwakili oleh staf sahaja atau dengan kombinasi alumni, pelajar dan pesara. Jumlah dan pecahan peserta setiap kumpulan adalah seperti berikut:
    KATEGORI JUMLAH
    Staf Sahaja 20-30 orang
    atau
    Kombinasi

    Staf :15-20 orang
    Alumni :1-5 orang
    Pelajar :1-5 orang
    Pesara :1-5 orang

  5. Durasi masa maksima bagi setiap persembahan adalah 20 minit. Pengiraan masa bermula dari permulaan lakonan sketsa sehingga selesai Sailor keluar daripada ruang pentas /off stage.
  6. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  7. Lain-lain syarat penyertaan mengikut kriteria seperti di bawah :

Lakonan Boria / Cerita Sketsa

  1. Sketsa hendaklah dilakonkan sekurang-kurangnya 3 – 5 orang sahaja.
  2. Diwajibkan penglibatan sekurang-kurangnya 1 orang pelakon daripada kakitangan Pengurusan & Profesional.
  3. Sekurang-kurangnya seorang pelakon menggunakan Bahasa Melayu loghat utara/baku dan boleh digandingkan dengan loghat Bahasa Melayu lain.
  4. Lakonan sketsa menepati isi rangkap karangan serta tema persembahan.
  5. Lakonan dan bahasa yang digunakan hendaklah dipastikan bersopan, tidak berbaur fitnah, berunsur lucah, provokatif, dan tidak menyentuh isu politik dan sensitiviti kaum serta agama

Gerak Tari/Koreografi Kumpulan

  1. Pergerakan Koreografi Sailor (penari latar) dan Tukang Karang (penyanyi utama) sewaktu masuk, persembahan dan pergerakan keluar adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing. Namun begitu, gerakan asas boria seperti Langkah Silang diwajibkan sewaktu persembahan.
    Untuk rujukan sila lawati: https://www.youtube.com/watch?v=PtluxlGh2rw
  2. Hand-Props boleh digunakan dan bersesuaian dengan tema persembahan dan tidak mengganggu gerak tari. Contoh props yang sesuai digunakan adalah seperti payung, bendera, bungga manggar dan alatan lain yang bersesuaian.

Rangkap Karangan / Lirik Lagu Boria

  1. Setiap rangkap karangan boria mestilah mempunyai suku kata akhir yang sama. 
    Contohnya :     
         Hakikat hidup tempat bersandar
         Bala dan bencana tak boleh dihindar
         Suratannya takdir Qada dan Qadar
         Setiap manusia perlulah sedar
  2. Persamaan suku kata berdasarkan sebutan dialek (loghat) juga dibenarkan dalam rangkap karangan. Walaubagaimanapun ejaan dan sesuatu perkataan mestilah ditulis dengan ejaan yang betul.
  3. Karangan boria tidak melebihi 16 rangkap iaitu 8 rangkap untuk Tukang Karang dan 8 rangkap Sailor termasuk rangkap pembuka dan penutup. Kadar minima karangan Boria ialah 12 rangkap.
  4. Rangkap karangan Tukang Karang adalah berbeza pada setiap rangkap, manakala Sailor hanya mengulangi rangkap pertama sepanjang persembahan dan rangkap penutup Tukang Karang di akhir karangan.

Pakaian / Kostum dan Props Boria

  1. Pakaian semasa persembahan berdasarkan kreativiti setiap kumpulan tetapi mestilah bersopan dan bersesuaian dengan tema keseluruhan persembahan Boria.
  2. Tukang Karang wajib memegang tongkat kerana ianya adalah identiti Tukang Karang di dalam persembahan Boria.
  3. Pakaian Tukang Karang hendaklah berbeza dan lebih menonjol daripada Sailor.
  4. Perhiasan kepala (Head gear) boleh digunakan bersesuaian dengan persembahan Boria seperti tarbus, songkok dan perhiasan lain mengikut kreativiti setiap kumpulan.
  5. Penggunaan sebarang props yang tajam atau berbahaya seperti pisau,keris asli , bahan api, letupan dan seumpamanya adalah dilarang.

Muzik / Lagu / Melodi Boria

  1. Lagu Boria hendaklah mengandungi muzik iringan sewaktu pergerakan masuk Sailor, muzik persembahan utama dan pergerakan keluar Sailor.
  2. Jumlah had maksima Tukang Karang yang dibenarkan bagi setiap kumpulan ialah 2 orang. Namun begitu, hanya seorang Tukang Karang yang dibenarkan menyanyi pada satu-satu masa. Giliran nyanyian adalah mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
  3. Tukang Karang, Sailor dan penyanyi latar adalah diwajibkan menyanyi secara live.
  4. Muzik iringan boleh menggunakan CD, pendrive atau secara live.
  5. Pihak penganjur akan menyediakan keperluan asas muzik (back line) seperti :

    1. Set Drum
    2. Guitar Amplifier
    3. Bass Guitar Amplifier
    4. Keyboard Amplifier

Kriteria Pemarkahan

Pemarkahan adalah mengikut kriteria di bawah :

BIL

KRITERIA

PECAHAN

PERATUSAN

1

SKETSA :
  1. Olahan cerita dan Ketepatan tema
  2. Lakonan
  3. Mutu Persembahan


20
10
10
40

2

PERSEMBAHAN :
  1. Rangkap Karangan
  2. Tukarang Karang
  3. Koreografi
  4. Muzik & Nyanyian
  5. Kostum, Prop & Tatarias


20
10
10
10
10
60

3

 KREATIVITI 10 10

 

JUMLAH   110

Hubungi

En. Norhelmi Othman
Pegawai Kebudayaan
Dewan Budaya USM


No Tel : 04-653 2308
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

En. Murshid Md. Hussain
Pegawai Kebudayaan
Artis Budaya
Dewan Budaya USM


No Tel : 04-653 5811
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Muat Turun Borang

sila hantar borang permohonan kepada :

Dr Normaliza Abdul Manaf
Pegawai Sains 
Pusat Kajian Kelestarian Global


No Tel : 04-653 5428
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Siti Hajar Mohd Sani
Pegawai Tadbir
Jabatan Pendaftar


No Tel : 04-653 6105
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekreteriat Hari Warga USM 2019

Jabatan Pendaftar,
Aras 5, Bangunan Canselori,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM,Pulau Pinang

  free web page hit counter

 

 

Social

Hubungi Urusetia

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.